Breaking News
Loading...
Thursday, 17 January 2013

Pada 16-01-2013, Pusat Internet 1Malaysia Kuala Sala telah berbesar hati menerima kedatangan daripada En Khairul Munawwar daripada ITU-UUM. Kunjungan beliau adalah sedikit sebanyak untuk memantau perkembangan terkini dan juga ingin mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai Pusat Internet 1Malaysia khususnya di Daerah Yan. Antara Pusat Internet 1Malaysia yang beliau lawati adalah Pusat Internet 1Malaysia Sungai Limau Dalam, Pusat Internet 1Malaysia Bukit Besar dan Pusat Internet 1Malaysia Kuala Sala.

Pelbagai info berguna yang telah dibincangkan bersama bagi menggalakkan komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Sala. Antaranya ialah bagaimanakah caranya untuk menghasilkan blog yang menarik di samping meningkatkan kunjungan pengguna internet ke laman blog Pusat Internet 1Malaysia Kuala Sala ini.

Harapan kami agar, jaringan antara Pusat Internet 1Malaysia dengan ITU-UUM dapat diperluaskan lagi demi memastikan golongan luar Bandar dapat menikmati kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan.

En Khairul Munawwar

 
  Training Room

Di hadapan Pusat Internet 1Malaysia Kuala Sala

Ruang Pengguna

 Tadika KEMAS terletak berhadapan dengan PI1M Kuala Sala

0 comments:

Post a Comment